I-Great Teras:
Manfaat Utama:
*Perlindungan dibolehkan sehingga 88 tahun
*Di akhir tempoh kontrak keseluruhan wang terkumpul di dalam PUA (personal unit akaun) akan dipulangkan bersama perkongsian keuntungan dari Akaun Tabaru' peserta.
*Sekiranya berlaku kematian,manfaat yang akan dibayar adalah jumlah perlindungan bersama Akaun PUA (simpanan) serta keuntungannya.
*Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh,jumlah perlindungan akan dibayar dalam 4 kali ansuran selepas disahkan berlaku keilatan.
*Nilai Serahan tidak disediakan.Peserta harus menunggu sehingga polisi matang
*Atas apa jua sebab,sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan,anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam "peruntukan bukan lucuthak" untuk meneruskan penyertaan.
Manfaat Perlindungan Komprehensif:
Pakej perlindungan berikut boleh dimasukkan sebagai manfaat perlindungan komprehensif dengan sumbangan tambahan;
- Rider Bertempoh
- Rider Penyakit Kritikal
- Rider Manfaat Hospital
- Rider pampasan Kemalangan
- Rider manfaat Kematian akibat kemalangan
- Rider Manfaat pembayar -kontrak Juvana sahaja.
Had umur: 6 bulan hingga 60 tahun (pada tarikh lahir akan datang)
Had umur matang: 88 tahun (pada tarikh lahir akan datang)
Sumbangan minimum RM25 sebulan bergantung kepada umur dan status merokok.
Perlindungan minimum RM10,000
Pembahagian Untung/Lebihan:
Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepadaGreat Eastern Takaful Bhd.
Pengecualian Cukai Pendapatan:
Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan,tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.
